Selasa, 6 Mac 2018

Happy Birthday to Rahel

Salam kesayangan semua.Banyak sunyi oh 😄 Ni tahun tuan tanah tak sempat buat kek untuk hari jadi.Badan lagi tak sihat.Doakan ambo cepat sembuh ya.Esok2 kalau uda baikan baru buat kek,boleh bedal sampai naik lemak.

Isnin, 1 Januari 2018

Happy New Year 2018

Salam ceria semua.Semoga sentiasa dalam lindunganNya.Amin.

Ahad, 5 November 2017

Happy Anniversary to Me & My Hubby

Salam sejahtera.
Lama betul sudah kami nda' bersiaran..tup tup ada Anniversary yang ke 8 sudah😄😄
Doakan kami bahagia ya 😍😍😍

Jumaat, 4 Ogos 2017

DAGING MASAK HITAM

Salam 😊😊😊💋




DAGING MASAK HITAM 🍲
    Resepi by Chef Hanieliza

Bahan-bahan:

500g daging
10 biji bawang merah}
3 ulas bawang putih   }
2 inci halia                 } Dikisar
15 tangkai cili kering}

3 batang serai (diketuk)

1 sudu makan serbuk jintan manis}
1 sudu makan serbuk jintan putih  } Dibancuh
3 sudu makan air                            }

1/2 cawan jus asam jawa
1 cawan air
5 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Potong daging kecil dan nipis.Basuh dan tuskan.
2.Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar,serai,serbuk jintan manis,dan
   serbuk jintan putih yang sudah dibancuh sehingga wangi.
3.Masukkan daging dan air.Masakkan sehingga lembut dan air kering.
4.Masukkan kicap dan asam jawa.Masakkan lagi sehingga pekat dan naik minyak.
5.Tutup api dan angkat.Sedia dihidangkan.




Selamat mencuba 👌👌👌💋💋💋