Isnin, 10 Julai 2017

KEK PANDAN LEMBAP

Hi semua.


Sempatkan diri untuk bersiaran di petang hari selepas membantai kek pandan.Terus terpikat sejak pandang pertama...cehhh! Saya suka texture kek ni,gebu dan lembap.Kalau bab kek butter macam ni memang cepat habis ja lagi-lagi kalau ada indocafenya..fuhhh nyaman.


Oh ya,ramai yang suka makan kek butter kan? so korang pun bolehlah mencuba resepi ni.Soal rasa memang secukup rasa sudah.Kalau korang masih ragu2 bolehlah cari cikgu2 yang mengajar online di facebook,ada tu yang buat kelas butter cake,lagi komplit banyak teknik2 dan tips yang diberi tapi bukan percuma tau,korang kena la keluarkan modal juga baru la namanya tolong menolong.


KEK PANDAN LEMBAP
Resepi by Chef Norzailina Nordin (100 resepi kek,biskut,manisan & kudapan)

Bahan-bahan:
250g mentega
220g gula kastor
3 biji telur gred A
260g tepung naik sendiri}
1 sudu teh soda bikarbonat} diayak
160 ml santan pekat
  60 ml jus pandan
Sedikit pewarna hijau

Cara Membuat:

1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.

2.Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

3.Campurkan dengan separuh bahan yang diayak.

4.Tuangkan separuh santan dan jus pandan.

5.Masukkan baki bahan yang diayak.Apabila sebati,masukkan pewarna hijau.Ratakan adunan ke dalam tin 20cm yang dialas kertas kalis minyak dan digris.
   
6.Bakar pada suhu 170c selama 50-60 minit atau sehingga masak.



Selamat mencuba.Terima kasih sudi membaca coretan saya.

1 ulasan:

STAR Q berkata...

Akan dicuba. Tq for the recipe 😊